Wednesday, August 25, 2010

Mintak maaf kepada kekawan semua....

Saya mintak maaf kepada semua pelawat blog ini terutama yg telah menghubungi saya untuk bertanya mengenai arnab yg hendak dijual. Sebenar saya telah menjual kesemua arnab dalam peliharaan saya. bukan kerana saya sudah bosan atau hilang minat tetapi... adalah MASA.
Saya tidak berkesempatan utk menjaga arnab tu semua.
mungkin hari ini adalah titik noktah bg blog nie...tp kalau berkesempatan, saya masih lagi menaruh minat terhadap arnab. mungkin suatu hari nanti....blog ini akan dihidupkan semula.
Thanx kepada kawan-kawan yg byk memberi sokongan. I luv u all...

Thursday, March 11, 2010

I'm back....

sori kekwn semua....setelah lama dok bertapa menyepi diri. menyepi menghitung diri!!!
hehehe...biasa la,dah makin besar tanggungjawab. busy la skit. arnab pon dah banyak yg jual, kalo di pikir2 mmg sedih nak lepaskan bout keadaan yg memaksa,hanya tinggal 3 ekor jea. tp arnab nie cepat sgt biak...alih2 dah ada 15 ekor skrg nie.
aku ingat nak letgo la 3 ekor anak arnab nie, baru umur 1bln 1minggu. nanti aku post gambar kat sini termasuk koleksi yg aku ada skrg.
La nie aku dok sibok clear kan tanah aku kat bukit marak, ingat2 nak buat rumah la kat situ. maybe 1-2 thn lg kot dan....maybe aku akan lebih serious nak ternak arnab nie coz kwsn nya luas la gak. rumah aku skrg nie, space limited sgt.

Saturday, June 6, 2009

Rabbit for sale 02

yg nie arnab jenis biasa jer...local nyer. just nak let go Rm15 jer.
hehehe.... terringgal satu lagi....

Friday, June 5, 2009

Rabbit For sale

nie kacukan lionhead+local.... Rm20 sahaja.


nie lak kacukan anggora+local.... Rm30 sahaja. Tubuh dia kecil jer...


nie lak kacukan anggora+local.... Rm30 sahaja. adik beradik yg kat atas tu...



yg nie geng lain plak....baru 1bln ++...
Rm 40 sekor...


Rm30 sekor...



Rm20 sekor...



Rm30 sekor...


Rm20 sekor...

Rm40 sekor....


Nak jual muroh2 jah..... bkn bisnes dlm perniagaan arnab pon.
just suke-2 jer.... jual nie pon coz banyak sgt kali nie die beranak. nak cover duit pallet diaorg gak.
hehehehe,....

Friday, May 1, 2009

Telatah manja ku...

comel tak??
yang nie 3 beradik.... do re mie.
jangan la kaco...ngantuk lagi nie..!!
apa pandang-pandang!!!
sronot leh main ramai-ramai camnie.

Thursday, April 30, 2009

FOR SALE....

Sedikit masa lagi...
saya akan update di sini senarai harga dan gambar arnab yang hendak di jual.
harga gerenti lebih murah dari harga pasaran semasa.
sekadar hobi dan tambah network bagi penggemar arnab.
adios!!

FAKTA-FAKTA MENGENAI ARNAB

yang nie pon aku copy dr blog org lain gak...okey la utk pengkongsian ilmu. tak salah kan..kan..!!
  • Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
  • Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
  • Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
  • Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
  • Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
  • Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
  • Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
  • Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
  • Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
  • Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.
  • Arnab boleh mempelajari nama panggilan mereka dan boleh memahami perkataan mudah seperti “yes” atau “no”.
  • Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
  • Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.
  • Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
  • Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.
  • Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
  • Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain.

MENGAPA ARNAB MENGGIGIT ??

yang nie info aku copy dari blog org lain....saje nak kongsi kat sini.
  • Arnab menggigit untuk menzahirkan rasa sayangnya.. Tindakan ini selalunya disertai dengan perbuatan berlari mengelilingi anda., sering berdengus lembut. Namun arnab itu tidak menyedari yg ia menyakiti anda.
  • Arnab juga akan menggigit untuk mendapatkan perhatian dari anda. Ia bagaikan berkata “Hello tuan, saya kat bawah ni..!! Saya nak makanan saya sekarang”
  • Anda menghalang laluannya, Ia akan menggigit supaya anda beralih .
  • Jika ia menggigit waktu anda mengangkatnya, ia mungkin mahu anda meletakkan nya semula ke tanah.
  • Arnab akan menyerang secara mengigit atau mencakar. Sekiranya anda terlibat dalam situasi begitu, anda sebenarnya sedang menggangu dan/atau menakutkan arnab itu. Baik anda berundur, ingat gigitan arnab sangat menyakitkan.
  • Sekiranya gigitan berlaku ketika anda cuba hulurkan tangan untuk menggosok kepalanya…ia sebenarnya cuba mempertahankan diri. Arnab sebenarnya tidak boleh melihat apa yg betentangan dgn batang hidungnya, tidak juga nampak apa yg menggosok kepalanya, sebab itulah ia menggigit. Ini juga sebab mengapa arnab menghidu sesuatu sebelum mula menggigit atau mengunyah. Adalah lebih baik untu meletakkan tangan anda dari sudut yg boleh dilihatnya. Jadi ia tidak akan terasa terancam, lepas tuh bolehlah anda mula mengusapnya.
  • Untuk menghentikan gigitan arnab, cubalah menjerit kuat bila anda digigit. Arnab sendiri akan menjerit kuat bila terasa sakit/ takut yg amat sangat. Harap2 arnab itu akan faham yang gigitannya itu amat menyakitkan

Melihat anak yang tengah membesar...

nie la mak kepada anak-anak yg comel nie....
best jer dia tido!!
kat atas rumput pun sempat dia berjemur!!!
nyenyak sungguh dia tido...

Brita sedih...isk..isk...















sedih woo tengok choki mati kena serangan kuncing yang jahat!!!
dah tak ingat dah brape ekor kena baham dek kuncing nie. rasa-rasa dah lebih dari 20 ekor.
cian choki...tgh ngandung tu!!

Friday, April 17, 2009

Generasi ke-3

Generasi ke-3 arnab....